Tak Mungkin KuHindar

~~ Novel Dari Ana Sofiya ~~

APA KATA HEROIN?


"Walau macam mana saya sayang awak sekalipun, dengan apa yang awak tuduh-tuduh saya takdi, saya tak mungkin akan balik ke pangkuan awak, saya perempuan kilang yang tidak sedar diri, saya perempuan tidak senonoh...."

APA KATA HERO?


"Pelik betul perangai awak ni. Salah sendiri pun tak tahu? Kenapa, Maria? Perlu ke saya beritahu awak apa yang saya nampak"

Dari Hujung Jari Penulis

Dari Hujung jari ANA SOFIYA

Kisah hidup Maria dari kecil hingga di tingkatan empat sebenarnya saya olah daripada kisah hidup salah seoarang anak murid saya. Tahun itu, saya menjadi guru tingkatannya. Gadis ini seorang murid bukan melayu yang pintar. Dia memperolehi 5A dalam keputusan PMR, namun terpaksa berhenti sekolah kerana kemiskinan dan perbuatan bapanya. Sehingga hari ini, saya tidak tahu di mana dia berada. Apa yang boleh saya kata, moga hidupnya bahagia dan berjaya

Institusi perkahwinan dibina berlandaskan kasih sayang dan cinta. Sama ada cinta itu lahir sebelum dan selepas berkahwn, tidak menjadi soal. Yang penting, rasa percaya dan pengorbanan isteri dan suami dalam menjamin keharmonian. Cinta sahaja tidak menjamin kebahagiaan. Sulamkan rasa kasih, percaya, tulus dan luhur demi mengekalkan ikatan yang terjalin. Hindari cemburu buta dan yang penting, berkomunikasilah.

Sedangkan lidah lagi tergigit
Apa pula suami isteri
Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi...

Penghargaan

Buat suami tercinta, Kapt (B) Mahamad Bokkhari bin Mohammad. Saya sanjung sikap prihatin abang terhadap apa juga yang saya lakukan. Galakan dan sokongan moral yang tidak pernah jemu diberi kepada diri ini adalah pendorong semangat saya. Semoga kita berdua sentiasa menghargai hubungan kita ini sampai ke akhir hayat nanti.

Buat anak-anak tersayang, kamu berempat adalah nyawa mama. Maaf, sebab mama banyak mengambil masa kamu untuk dihabiskan dihadapan komputer. Satu pengorbanan yang tidak ternilai.

Buat Wan Mohd Muzri dari penulisan2u, ruangan untuk saya menghantar karya di laman sesawang inilah membuka jalan dan merintis peluang menjadikan naskah pisican ini dapat diterbitkan dalam versi cetak. Setinggi-tinggi penghargaan saya hulurkan kepada awak, Muz. Saya amat terhutang budi

Dan akhir sekali, buat teman-teman maya, saya amat bersyukur mengenali anda semua, Setiap komen dan teguran adalah untuk kebaikan saya amat hargainya.

1 comments:

  1. Di said...
     

    Salam, nak tanya novel Tak Mungkin Ku Hindari masih ada di pasaran

Post a Comment